Tema 5 : Malaysia Negaraku

TEMA 5: MALAYSIA NEGARAKU

Hasil Pembelajaran:

i.Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab warganegara

ii. Menjelaskan sistem pemerintahan kerajaan Malaysia

iii. Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara

iv. Memberi sumbangan kepada pembangunan negara

v. Menghormati pemimpin negara

vi. Menghargai peranan kerajaan dalam pembangunan negara

vii. Menunjukkan perasaan bangga dan taat setia kepada raja dan negara

 

5.1: Kenali sistem pemerintahan  kerajaan Malaysia

Kerajaan merupakan sebuah institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara. Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang mempunyai dua peringkat pentadbiran, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat berkuasa penuh ke atas badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Selain itu, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran(Eksekutif).

Parlimen: Badan perundangan yang berperanan menggubal undang-undang.

Kabinet: Badan eksekutif yang berperanan merangka dan melaksana dasar-dasar untuk kesejahteraan rakyat.

Kerajaan negeri: Bertanggungjawab menjaga hal-hal pentadbiran dalam negeri. Diketuai oleh Sultan atau Raja, atau Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertua Negeri.

Dewan Rakyat: Majlis tertinggi yang menggubal undang-undang.

Dewan Negara: Majlis tertinggi yang membahaskan undang-undang yang digubal di Dewan Rakyat.

Badan berkanun: Agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi tertentu.

5.1.1: Peranan kerajaan Malaysia dalam pembangunan negara:

Peranan Kerajaan Dalam Pembangunan Ekonomi

-Pelbagai agensi kerajaan telah ditubuhkan untuk memajukan rakyat, khususnya penduduk luar bandar. Usaha ini adalah penting untuk membantu menambahkan pendapatan rakyat. Antara agensi yang terlibat adalah seperti:

I.            Lembaga Kemajuan Tanah  Persekutuan (FELDA)

II.            Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

III.            Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

IV.            Majlis Amanah Rakyat(MARA)

 

5.1.2: Peranan rakyat sebagai  warganegara

Kerajaan pusat atau kerajaan negeri sentiasa berusaha menjaga keselamatan, meningkatkan taraf ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat. Sebagai rakyat, kita mestilah menyokong usaha tersebut.

Kita juga harus bersyukur kerana dapat hidup aman dan damai di bawah system pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Antara peranan rakyat sebagai warganegara ialah:

I.            Kita wajib mempertahankan negara dari segala sudut ancaman serta serangan musuh negara demi menjaga keamanan negara kita.

II.            Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab menjelaskan segala cukai pada setiap tahun. Antara cukai yang kita perlu bayar ialah cukai pintu. Menjelaskan cukai ini penting demi pembangunan ekonomi negara agar negara kita terus maju.

 

III.            Tanggungjawab sebagai pengundi. Apabila seseorang warganegara Malaysia yang telah berumur 21 tahun, maka dia wajib keluar untuk mengundi apabila pilihanraya dijalankan. Tanggungjawab ini perlu bagi memilih pemimpin yang berkualiti untuk memimpin Negara agar terus aman dan sejahtera.

IV.            Sebagai warganegara Malaysia, kita wajib mengetahui prinsip rukun Negara.

 

V.            Sebagai warganegara, kita juga perlu menjaga kehormatan dan kedaulatan negara kita. Kedaulatan sesebuah negara amatlah penting kerana ianya melambangkan kekuatan serta kesucian negara tersebut.

 

VI.            Mengamalkan cara hidup di atas garisan rukun hidup masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni dan norma-norma dalam kehidupan seharian.

Tanggungjawab kita sebagai warganegara perlu juga dijalankan dengan berkesan berlandaskan nilai murni dan etika luhur di bawah garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama, budaya, rukunegara dan matlamat negara. Tanggungjawab ini juga hendaklah selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.

 

5.2. Kenali dan hormati pemimpin  negara dan tempatan

1. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14:

 img_agung14_2

Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah  (Sultan Kedah)

-Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat)Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.

- Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

-Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah:

àMelantik seorang Perdana Menteri

àMenangguhkan pembubaran parlimen

àMeminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

2. Perdana Menteri Malaysia ke-6 :

120px-Najib_crop

 

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak

-Ketua pemerintahan di Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan NasionalPerdana Menteri

 

3. Sultan/Raja/Yang  Dipertuan Besar/Tuan  Yang Terutama

- Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia. Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia.

- Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor merupakan ketua negeri di 4 negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri. Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Gabenor akan melantik ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.

 

4. Menteri Besar/Ketua  Menteri  :

- Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif bagi kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif  bagi kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.

5.  Wakil Rakyat :

- Wakil rakyat adalah seorang yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (constituency). Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili serta berperanan dalam penggubalan undang-undang. Seseorang wakil rakyat mungkin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen. Wakil rakyat menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya dan beliau mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan Rakyat (di Parlimen). Gelaran bagi seseorang wakil rakyat ialah Yang Berhormat atau “YB”.

6. Penghulu/Ketua  Masyarakat:

- Penghulu di Malaysia, merupakan ketua tertinggi di sebuah mukim. Sesebuah mukim ada beberapa kampung. Kampung akan diketuai oleh ketua kampung, tok sidang atau tok empat. Penghulu bertanggung jawab kepada kerajaan negeri da dilantik oleh sesebuah kerajaan negeri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s