Tema 2 : Sayangi Keluarga

 

 

 

DEFINISI KELUARGA :

Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

Terbahagi kepada dua kategori:

 

  1. Keluarga Asas : Terdiri daripada Bapa,Ibu dan Anak.

FAMILY 1

2. Keluarga kembangan : Terdiri daripada keluarga asas,datuk,nenek,ibu saudara,bapa saudara,sepupu dan anggota keluarga yang lain.

 

FAMILY 2

TANGGUNGJAWAB  AYAH/BAPA :

  1. Menjadi ketua keluarga.
  2. Mencari nafkah.
  3. Menyediakan tempat tinggal.
  4. Menyediakan makanan dan minuman.
  5. Menjaga keselamatan anggota keluarga.
  6. Menentukan sebarang keputusan.
  7. Memberikan pendidikan kepada anak-anak.
  8. Memberi kasih-sayang kepada anggota keluarga.
  9. Menjadi contoh yang baik kepada anggota keluarga,

 

TANGGUNGJAWAB  IBU / EMAK :

  1. Menyediakan makanan dan minuman.
  2. Menyediakan keperluan untuk anggota keluarga.
  3. Memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anggota keluarga.
  4. Membantu bapa membuat keputusan yang bijak.
  5. Berjimat cermat dalam perbelanjaan keluarga.
  6. Memastikan keadaan rumah sentiasa bersih.
  7. Mendidik dan mengasuh anak.
  8. Menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.

 

TANGGUNGJAWAB  sebagai ANAK :

  1. Menghormati ibu bapa
  2. Menolong ibu bapa
  3. Menyayangi ibu bapa
  4. Menjaga nama baik keluarga.
  5. Mengadakan hubungan baik dengan anggota keluarga.
  6. Belajar bersungguh-sungguh.
  7. Mendengar nasihat ibu bapa.
  8. Berusaha membahagiakan keluarga.

 

MAKSUD BUDI BAHASA/KESOPANAN :

 

  • Tutur kata,kelakuan sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan dalam anggota keluarga.

 

CARA MENGAMALKAN TINGKAH LAKU SOPAN :

 

  1. Gunakan kata-kata sopan ketika berinteraksi dengan anggota keluarga.
  2. Tidak menyampuk atau mencelah ketika anggota keluarga yang lain sedang berbual.
  3. Tidak menggunakan kekerasan dengan anggota keluarga yang lebih muda.
  4. Menggunakan nada suara yang lembut dengan ibu bapa atau anggota keluarga yang lebih tua.
  5. Ketika berjalan melintasi ibu bapa hendaklah menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit tanda hormat.

 

KEPENTINGAN MENGAMALKAN TINGKAH LAKU SOPAN :

  • Dapat mewujudkan iklim keluarga yang harmoni.
  • Disayangi oleh semua ahli keluarga.
  • Mengelakkan pertelingkahan dalam keluarga.

Mewujudkan budaya hormat-menghormati dalam keluarga.

 

KEBURUKAN TIDAK BERSOPAN DALAM HUBUNGAN KELUARGA :

 1.   Dibenci oleh keluarga.

2.   Dipulaukan oleh keluarga.

3.   Tidak mendapat kasih sayang daripada ahli keluarga.

 

CARA MENGHARGAI ANGGOTA KELUARGA :

 

  • Menyatakan kasih sayang dan penghargaan terhadap anggota keluarga dengan mengucapkan terima kasih setiap kali menerima pemberian ibu bapa.
  • Menghasilkan kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga.
  • Menunjukkan kasih sayang dan menghargai anggota keluarga dengan meraikan hari-hari penting dalam hidup mereka seperti hari lahir,hari ibu dan hari bapa.
  • Sentiasa membantu anggota keluarga.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s